LAPORAN PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Selamat Sejahtera kepada Saudara dan saudari Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan.
Untuk makluman saudara dan saudari, pada 22 Mei 2009, Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan telah mengadakan "Gerakan Penambahbaikan Infrastruktur " di sekitar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Selepas Gerakan ini, kami mendapati Infrastruktur yang sedia ada dalam FSTM perlu ditambahbaikan untuk menyediakan satu tempat yang lebih selesa kepada warga-warga FSTM. Oleh sedemikian, pihak MPP telah mencadangkan 7 resolusi dengan menyediakan satu kertas kerja Penambahbaikan Infrastruktur kepada pihak pengurusan FSTM untuk menambahbaikan infrastruktur FSTM.
Pada 27 Mei 2009, Majlis Perwakilan Pelajar FSTM telah bermesyuarat dengan Dekan FSTM kita, Yang Berbahagia Professor Dr. Mohd Yazid Manap. Dalam Mesyuarat tersebut, MPP FSTM telah menerangkan 7 resolusi kepada Yang Berbahagia Prof..
Sebagai yang diharapkan, Yang Berbahagia Prof. sangat mengambil berat dan sangat menyokong 7 resolusi tersebut dan Yang Berbahagia Prof. telah memberi maklumbalas yang positif kepada pihak pelajar. Yang Berbahagia Prof. berasa sungguh gembira ke atas pihak pelajar FSTM kerana pelajar FSTM telah rela melibatkan diri sendiri dalam usaha penambahanbaikan infrastruktur FSTM.
Untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang 7 resolusi penambahbaikan infrastruktur FSTM kepada saudara dan saudari yang dikasihi sekalian, Pihak MPP FSTM telah menyediakan laporan ini.
7 Resolusi adalah seperti di bawah:
1. PENYEDIAAN BILIK PELAJAR FSTM DI BANGUNAN FOOD 3.
Gambar-gambar tersebut menunjukkan Bilik Kosong di Bangunan Food 3, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Sebagaimana yang diketahui, tempat yang disediakan untuk pelajar berulangkaji, membuat perbincangan, bermesyuarat adalah terhad dan tidak selesa. Banyak pelajar mengadu bahawa masalah tersebut telah menyebabkan mereka terpaksa pergi ke perpustakaan ataupun tempat lain untuk mengulangkaji dan rehat. Hal ini telah membazir masa dan tenaga mereka. Jadi, penyediaan bilik pelajar adalah diperlukan agar pelajar dapat belajar dengan lebih selesa dan secara tidak langsung boleh menambah masa mereka berada di fakulti. Oleh sebab itu, MPP FSTM mencadangkan pihak fakulti agar mengubasuaikan bilik computer yang lama di bangunan Food 3.
2. MEMBAIKI ATAUPUN MENUKAR KERUSI DAN MEJA YANG TELAH ROSAK DI SEKITAR FAKULTI.
Gambar-gambar tersebut menunjukkan Kerusi di Bangunan Food 1 dan Food 3 yang telah rosak.
Sebagaimana yang diketahui bahawa kerusi dan meja di fakulti kami adalah tidak memuaskan. Kemudahan tersebut sangat diperlukan oleh pelajar untuk membuat kerja khusus, perbincangan dan sebagainya. Kerosakan dan ketidakstabilan kerusi dan meja menyusahkan pelajar untuk menggunakannya. Dengan ini, MPP FSTM bercadangkan pihak fakulti membaiki ataupun menukarkan kerusi dan meja yang tidak rosak.
3. PEMBINAAN RUMAH SAMPAH YANG UTAMA DI FSTM
Gambar-gambar tersebut menunjukkan kawasan Pembuangan sampah yang kotor di sekitar FSTM.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ketiadaan rumah sampah di sekitar FSTM telah mengakibatkan sampah bertaburan di sekitar kawasan pembuangan sampah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan bau busuk dan rasa yang tidak menyenangkan hati, tetapi juga ia turut menurunkan imej fakulti kami. Oleh itu, MPP FSTM bercadangkan pihak fakulti dapat membina rumah sampah seperti yang dicadangkan di atas dan seterusnya membuat pemantauan dengan kerap terhadap keadaan rumah sampah oleh pegawai fakulti. Dengan tindakan sedemikian, MPP FSTM berharap agar kawasan pembuangan sampah yang kotor di sekitar FSTM yang seperti gambar di atas tidak wujud lagi dengan penyediaan rumah sampah.
4. MEMANTAU DAN MENYATA TARIKH PENYELENGGARAAN PENAPIS “WATER COOLER” DAN MENYEDIAKAN “WATER COOLER” DI BANGUNAN FOOD 6(FOOD COMPLEX).
Gambar-gambar tersebut menunjukkan “water cooler” yang telah rosak dan “Water Cooler” yang tidak dilabelkan tarikh penyelenggaraan.
“Water Cooler” yang sedia ada di sekitar fakulti tidak mempamerkan tarikh penyelenggaraan penapis. Hal sedemikian telah menyebabkan warga-warga fakulti sains dan teknologi makanan bimbang akan kebersihan dan keselamatan selepas penggunaan air dari “Water Cooler” tersebut. Oleh itu, pengguna-pengguna “Water Cooler” akan berasa lebih selamat. Selain itu, MPP FSTM bercadang agar pihak fakulti menyediakan “water cooler” di bangunan Food 6. Hal ini kerana ketiadaan perkhidmatan “water cooler” di sana dan ini telah menyusahkan warga fakulti untuk mendapat air minuman.
5. PENYELENGGARAAN TANDAS.
Gambar-gambar di atas menunjuk kepada infrastruktur tandas (tandas perempuan) yang telah rosak dan bocor.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebersihan tandas adalah tidak memuaskan. Bau yang tidak selesa dapat dikesan dan kemudahan tandas juga perlu diperbaiki. Hal ini adalah kerana pintu dan flush selalu rosak dan tidak berfungsi. Didapati bahawa pintu tandas perempuan berhampiran dengan DKTM 1 telah rosak dan tidak boleh ditutup tetapi ia masih belum dibaiki walaupun masalah ini sudah wujud lama. Oleh itu, MPP FSTM berharap agar masalah yang dimaklumkan di atas boleh diselesaikan dan pemantauan kebersihan dan kemudahan tandas boleh dijalankan dengan kerap.
6. MENYEDIAKAN PAPAN KENYATAAN BAGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNTUK MENGUMUMKAN GERAK KERJA KEBAJIKAN PELAJAR DAN INFORMASI INDUSTRI MAKANAN SERTA MENYEDIAKAN RUANG PETI ADUAN DI SEBELAH PAPAN KENYATAAN UNTUK MENGUTIP ADUAN DAN CADANGAN YANG BERDASARKAN KABAJIKAN PELAJAR.
Gambar-gambar tersebut menunjukkan tempat yang dicadangkan untuk menyediakan papan kenyataan dan peti aduan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar-pelajar di fakulti kita kurang tahu bahawa gerak kerja kebajikan pelajar yang telah dan akan dipejuangkan oleh pihak MPP dan kaedah mendapat bantuan dari pihak MPP dalam perkara kebajikan.. Dengan penyediaan kemudahan sebegitu, MPP FSTM berharap agar lebih banyak pelajar akan mengetahui perkara kebajikan yang telah dan akan dipejuangkan oleh pihak MPP. Tambahan pula, hal ini dapat merangsang pandangan pelajar FSTM terhadap kebajikan pelajar lalu menggalakan pelajar FSTM untuk memberi cadangan mereka yang mampu menambahbaikkan kebajikan pelajar. Secara tidak langsung, dengan penyediaan peti aduan yang bertempat di sebelah papan nyata Majlis Perwakilan Pelajar, pelajar-pelajar FSTM akan lebih mudah membuat aduan dan memberi cadangan kepada pihak MPP dan pihak tertentu. Selain itu, informasi terkini yang berkaitan dengan industri makanan perlu disediakan dan diketahui oleh pelajar. Hal ini boleh menambah ilmu pengetahuan pelajar FSTM dan merangsangkan fikiran dan pandangan pelajar FSTM terhadap industri makanan yang terkini.
7. MENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR DIBANGUNAN FOOD 1, FSTM
Gambar-gambar tersebut menunjukkan foyer di antara BKTM1 dan BKTM2 yang ketiadaan kipas.
Masalah yang ketara adalah ketiadaan kipas di foyer antara BKTM1 dan BKTM2. Hal ini telah wujud lama tetapi ia masih belum diatasi. Hal ini telah mengakibatkan keadaan yang panas dan ventilasi di tempat tersebut. Secara tidak langsung, hal ini telah menyebabkan perasaan yang tidak menyenang bagi pelajar yang berada di situ. Oleh itu, MPP FSTM berharap agar pihak fakulti menyediakan sekurang-kurangnya satu kipas di tempat tersebut supaya menwujudkan suasana belajar dan perbincangan yang lebih selesa bagi pelajar fakulti kami.
Makluman Balas Pihak Pengurusan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan:
1.Cadangan untuk menyediakan bilik pelajar FSTM di bangunan food 3
-Dekan Fakulti menerima cadangan tersebut dan menyata akan membawa untuk dibincang dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 3 Jun 2009 (Rabu). Sekiranya cadangan itu dibatal, Dekan Fakulti bercadang agar menggunakan bahagian akademik (sekiranya terpindah) dan juga bahagian yang berada di tingkat bawah Food 4 ataupun kedua-dua tempat tersebut sebagai bilik pelajar.
-Keputusan muktamat akan diberitahu pada perjumpaan kedua antara MPP 2008/2009 iaitu pada 10 Jun 2009 (Rabu).
2.Cadangan untuk membaiki ataupun menukar kerusi dan meja yang telah rosak di sekitar fakulti
-Perkara yang dirujuk adalah sudah dalam proses dan jangka akan diselesaikan sebelum semester yang akan datang bermula.
-Dalam proses.
3.Cadangan tentang pembinaan rumah sampah yang utama di FSTM
-Dekan Fakulti menerima cadangan tersebut dan menyata bahawa pihak fakulti akan merujuk perkara tersebut kepada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset dengan secepat mungkin.
-Tindakan akan diberi dengan segera.
4.Cadangan untuk memantau dan melabelkan tarikh penyelenggaraan penapis “water cooler” dan menyediakan “water cooler” di bangunan food 6(Food Complex)
-Pengurusan Fakulti menerima cadangan itu dan menyatakan bahawa pihak berkuasa akan mempamerkan tarikh penyelenggaraan penapis “water cooler” pada “water cooler” dan akan menyediakan “water cooler” di bangunan food 6(Food Complex).
-Tindakan akan diberi dengan segera.
5.Cadangan tentang penyelenggaraan tandas
-Pengurusan Fakulti menerima cadangan tersebut dan bersetuju untuk menukarkan lock tandas yang rosak dengan yang baru dan menukarkan pintu tandas dengan pintu baru serta membaiki tangki flush yang berosak.
-Tindakan akan diberi dengan segera.
6.Cadangan untuk menyediakan papan kenyataan bagi majlis perwakilan pelajar untuk mengumumkan gerak kerja kebajikan pelajar dan informasi industry makanan serta menyediakan ruang peti aduan sebelah papan kenyataan untuk mengutip aduan dan cadangan yang berdasarkan kebajikan pelajar berperingkat university dan nasional
-Dekan Fakulti menyetuju cadangan ini. Pihak Fakulti akan menyediakan papan kenyataan MPP dan kotak transparent sebagai peti cadangan MPP kepada MPP Fakulti FSTM serta membenarkan MPP FSTM mengurus papan tersebut. Dekan Fakulti membenarkan MPP FSTM menyediakan borang cadangan MPP.
-Tindakan tersebut ambil masa yang panjang dan tarikh yang jelas untuk kewujudan papan kenyataan MPP dan peti cadangan MPP akan diberitahu pada perjumpaan yang seterusnya iaitu pada 10 Jun 2009 (Rabu).
7.Cadangan untuk menambahbaikan infrastruktur di bangunan food 1, FSTM
-Dekan Fakulti menerima cadangan tersebut dan menyata bahawa tindakan akan diberi dengan secepat mungkin.
-Tindakan akan diberi dengan segera.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa fikiran seorang manusia adalah terhad. Tetapi, fikiran sekumpulan manusia yang bercorak bentuk adalah tidak terhad. Maka, MPP FSTM berharap agar saudara dan saudari boleh memberikan cadangan, aduan dan sebagainya kepada pihak kami.
Sekian, terima kasih.
SEBARANG MAKLUMBALAS,SILA MENGHUBUNGI:
Daniel Dea Yik Hwa
012-7813100
daniel_dea@live.com
@
Tai Yunn Fang
012-7002519
taiyunnfang@yahoo.com
Sekian, ribuan terima kasih.
Disediakan oleh,
Daniel Dea Yik Hwa
Tai Yunn fang
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Putra Malaysia
Sesi 2008/2009
Editor: MPPUPM(FSTM) _ 20 June 2009
0 comments:
Post a Comment