Showing posts with label Welfare. Show all posts
Showing posts with label Welfare. Show all posts

Tuesday, 13 October 2009

Bus Issue: Bengkel Perkhidmatan Pengangkutan BHEP (1)



Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia,
Untuk makluman saudara/i, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM)  bersama dengan Jemaah Presiden Kolej Kediaman akan menghadiri Bengkel Perkhidmatan Pengangkutan yang akan berlangsung pada 15 Oct 2009. Bengkel Perkhidmatan Pengangkutan BHEP ini adalah dianjur oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar,Universiti Putra Malaysia.

Isu Perbincangan Bengkel Perkhidmatan Pengangkutan adalah seperti berikut:


1.Sikap Pemandu dan Pelajar
2.Jadual Perjalanan Bas
3.Permintaan Penggunaan
4.Infrastruktur (Keperluan Asas yang berkaitan dengan Bas)
5. Keperluan Pelajar Luar Kampus, Pelajar Antarabangsa, dan Pelajar OKU dalam perkhidmatan Pengangkutan.

 
Bengkel ini telah menyediakan satu platform untuk pelajar menyuarakan pendapat/idea/cadangan/aduan tentang perkhidmatan pengangkutan di kampus UPM. Tujuan bengkel ini adalah memantapkan perkhidmatan pengangkutan di kampus dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan.

Seiring dengan itu, pihak Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan Jemaah Presiden Kolej Kediaman berharap para pelajar boleh menyuarakan pendapat/idea/cadangan/aduan anda kepada pihak kami. Maka, pihak kami akan membawa isu-isu yang disuarakan oleh saudara/i ke dalam bengkel ini.

Pendapat/idea/cadangan/aduan dari saudara/i, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"Aspirasi Anda, Inspirasi MPP"

"Satu Hati, Satu Inspirasi"

Yang Menjalankan Tugas,
Majlis Perwakilan Pelajar UPM 08/09

Read more...

Notice: PENUNDAAN PERSIDANGAN PEMIMPIN PELAJAR UPM 2009

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sesi 08/09 (MPPUPM 08/09) ingin memaklumkan bahawa Persidangan Pemimpin Pelajar UPM 2009 yang dijadualkan berlangsung pada minggu ini telah DITUNDAKAN ke semester depan.
Hal ini berikutan peperiksaan akhir yang teramat dekat dan untuk memberi ruang kepada kita bersama-sama memperhalusi kertas-kertas kerja yang ingin dibentangkan kepada Datuk Naib Canselor MPPUPM 08/09 ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul atas penangguhan ini

Mohon juga para presiden untuk memberi nama penuh dan nombor untuk dihubungi presiden dan setiausaha baru mereka.

Sekian, terima kasih atas segala kerjasama.


"Aspirasi Anda, Inspirasi MPP"
"Satu Hati, Satu Inspirasi"

Read more...

Sunday, 4 October 2009

Pra Persidangan Pemimpin Pelajar UPM 2009


Pra Persidangan Pemimpin Pelajar UPM 2009 telah selamat dijalankan pada 3 Oktober 2009, hari Sabtu, dari pukul 8.30pagi hingga 1.30 petang, bertempat di Dewan Senat UPM. Pra Persidangan Pemimpin Pelajar UPM 2009 telah dihadiri oleh MPPUPM 08/09, wakil Majlis Tertinggi Mahasiswa dari kolej, wakil dari persatuan-persatuan serta kelab-kelab pelajar UPM.
Antara perkara yang telah dibincangkan dalam pra persidangan ini adalah cabaran Mahasiswa 1Malaysia dalam konteks UPM, masyarakat dan nasional atau antarabangsa. Isu yang telah dibangkitkan termasuklah isu kemudahan orang kurang upaya(OKU), isu kebersihan kafe, isu kelestarian persekitaran UPM (green kampus), isu kesedaran dan penglibatan pelajar dalam tanggungjawab berbakti kepada masyarakat, Isu Kontroversi Tarian Pendet Enigmatic Malaysia dan keselamatan pelajar Malaysia di Indonesia serta isu membantu mangsa taufan Ketsana di Vietnam dan Filipina, mangsa tsunami di Samoa serta gempa bumi di Padang, Indonesia.
Beberapa resolusi yang dibangkitkan telah mendapat persetujuan sebulat suara daripada semua Pemimpin Pelajar UPM yang menghadiri pra persidangan ini. Antara resolusi yang dipersetujui adalah untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi orang kurang upaya, memantau kebersihan kafe dengan bantuan Kementerian Kesihatan atau Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan menubuhkan tabung sumbangan bagi membantu mangsa bencana taufan Ketsana, tsunami dan gempa bumi di negara jiran Malaysia. Kesemua resolusi ini akan disuarakan kepada pihak pentadbiran universiti dalam persidangan sebenar yang akan dimaklumkan kemudian.

Pra Persidangan Pemimpin Pelajar ini telah berakhir pada jam 1.30 petang.


"Aspirasi Anda, Inspirasi MPP"

"Satu Hati, Satu Inspirasi"





Read more...

Monday, 22 June 2009

MAKLUMAN PERKHIDMATAN BUS UPM SESI 2009/2010

Mesyuarat Bersama Unit Kenderaan
Tarikh : 16/06/09 (Selasa)
Masa : 9:20 mlm hingga 11:00 mlm
Tempat : Gazebo

Makluman Perkhidmatan Bus

1. Jumlah bas di kampus Serdang (BHEPUPM dan Suasana Edaran) = 41 buah
2. Jumlah pemandu bas di Serdang (BHEPUPM dan Suasana Edaran) = 81 orang
3. Pelajar UPM membayar sebanyak RM 150.00 (RM 0.50 setiap hari) dan UPM subsidi RM 412.00
( UPM hanya bayar untuk sewaan sahaja untuk Suasana Edaran )

Unit Kenderaan akan melaksanakan perkara berikut mulai semester depan (2009/2010)

1. Pemasangan papan kenyataan berkunci ( Jadual bas, maklumat,arahan pemakaian kad matrik)
2. Pegawai pemantau akan ditugaskan di perhentian bas yang tertentu ( Untuk memastikan semua pemandu bas membawa bas masing-masing mengikut jadual masa yang ditetapkan dan menerima ADUAN daripada pelajar UPM)

Perkara yang diingati:
1. Semua bas akan bergerak mengikut jadual bas dan tiada alasan untuk menunggu bas sampai penuh baru bas bergerak.
2. 5 orang pemandu bas yang bukan muslim akan menyediakan perkhidmatan bas shuttle yang melalui setiap kolej kediaman untuk menghantar pelajar pulang ke kolej masing-masing sewaktu sembahyang jumaat (1230-1430).
3. maksimum 5 buah bas sahaja untuk sebarang aktiviti luar pada waktu akademik (hari minggu).
4. Pelajar dinasihati supaya tidak menunggu-nunggu untuk melaporkan sebarang aduan kepada unit kenderaan.

Perkara yang masih dalam perancangan:
1. menyediakan perkhidmatan bas ke stadium pada hari minggu (kurang kerap) dan juga hujung minggu (lebih kerap).
2. Senarai barang yang dilarang dibawa ke dalam bas.( akan dimaklum kemudian)
3. MPPUPM diberi masa seminggu ini untuk mengetengahkan sebarang cadangan penambahbaikan.

Agihan kenderaan mengikut laluan kampus seperti berikut:

Editor: MPPUPM(FSTM) _ 22 June 2009

Read more...

Saturday, 20 June 2009

LAPORAN PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

Selamat Sejahtera kepada Saudara dan saudari Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan.

Untuk makluman saudara dan saudari, pada 22 Mei 2009, Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan telah mengadakan "Gerakan Penambahbaikan Infrastruktur " di sekitar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Selepas Gerakan ini, kami mendapati Infrastruktur yang sedia ada dalam FSTM perlu ditambahbaikan untuk menyediakan satu tempat yang lebih selesa kepada warga-warga FSTM. Oleh sedemikian, pihak MPP telah mencadangkan 7 resolusi dengan menyediakan satu kertas kerja Penambahbaikan Infrastruktur kepada pihak pengurusan FSTM untuk menambahbaikan infrastruktur FSTM.

Pada 27 Mei 2009, Majlis Perwakilan Pelajar FSTM telah bermesyuarat dengan Dekan FSTM kita, Yang Berbahagia Professor Dr. Mohd Yazid Manap. Dalam Mesyuarat tersebut, MPP FSTM telah menerangkan 7 resolusi kepada Yang Berbahagia Prof..
Sebagai yang diharapkan, Yang Berbahagia Prof. sangat mengambil berat dan sangat menyokong 7 resolusi tersebut dan Yang Berbahagia Prof. telah memberi maklumbalas yang positif kepada pihak pelajar. Yang Berbahagia Prof. berasa sungguh gembira ke atas pihak pelajar FSTM kerana pelajar FSTM telah rela melibatkan diri sendiri dalam usaha penambahanbaikan infrastruktur FSTM.

Untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang 7 resolusi penambahbaikan infrastruktur FSTM kepada saudara dan saudari yang dikasihi sekalian, Pihak MPP FSTM telah menyediakan laporan ini.


7 Resolusi adalah seperti di bawah:

1. PENYEDIAAN BILIK PELAJAR FSTM DI BANGUNAN FOOD 3.


Gambar-gambar tersebut menunjukkan Bilik Kosong di Bangunan Food 3, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

Sebagaimana yang diketahui, tempat yang disediakan untuk pelajar berulangkaji, membuat perbincangan, bermesyuarat adalah terhad dan tidak selesa. Banyak pelajar mengadu bahawa masalah tersebut telah menyebabkan mereka terpaksa pergi ke perpustakaan ataupun tempat lain untuk mengulangkaji dan rehat. Hal ini telah membazir masa dan tenaga mereka. Jadi, penyediaan bilik pelajar adalah diperlukan agar pelajar dapat belajar dengan lebih selesa dan secara tidak langsung boleh menambah masa mereka berada di fakulti. Oleh sebab itu, MPP FSTM mencadangkan pihak fakulti agar mengubasuaikan bilik computer yang lama di bangunan Food 3.

2. MEMBAIKI ATAUPUN MENUKAR KERUSI DAN MEJA YANG TELAH ROSAK DI SEKITAR FAKULTI.


Gambar-gambar tersebut menunjukkan Kerusi di Bangunan Food 1 dan Food 3 yang telah rosak.

Sebagaimana yang diketahui bahawa kerusi dan meja di fakulti kami adalah tidak memuaskan. Kemudahan tersebut sangat diperlukan oleh pelajar untuk membuat kerja khusus, perbincangan dan sebagainya. Kerosakan dan ketidakstabilan kerusi dan meja menyusahkan pelajar untuk menggunakannya. Dengan ini, MPP FSTM bercadangkan pihak fakulti membaiki ataupun menukarkan kerusi dan meja yang tidak rosak.

3. PEMBINAAN RUMAH SAMPAH YANG UTAMA DI FSTM


Gambar-gambar tersebut menunjukkan kawasan Pembuangan sampah yang kotor di sekitar FSTM.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ketiadaan rumah sampah di sekitar FSTM telah mengakibatkan sampah bertaburan di sekitar kawasan pembuangan sampah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan bau busuk dan rasa yang tidak menyenangkan hati, tetapi juga ia turut menurunkan imej fakulti kami. Oleh itu, MPP FSTM bercadangkan pihak fakulti dapat membina rumah sampah seperti yang dicadangkan di atas dan seterusnya membuat pemantauan dengan kerap terhadap keadaan rumah sampah oleh pegawai fakulti. Dengan tindakan sedemikian, MPP FSTM berharap agar kawasan pembuangan sampah yang kotor di sekitar FSTM yang seperti gambar di atas tidak wujud lagi dengan penyediaan rumah sampah.

4. MEMANTAU DAN MENYATA TARIKH PENYELENGGARAAN PENAPIS “WATER COOLER” DAN MENYEDIAKAN “WATER COOLER” DI BANGUNAN FOOD 6(FOOD COMPLEX).


Gambar-gambar tersebut menunjukkan “water cooler” yang telah rosak dan “Water Cooler” yang tidak dilabelkan tarikh penyelenggaraan.

“Water Cooler” yang sedia ada di sekitar fakulti tidak mempamerkan tarikh penyelenggaraan penapis. Hal sedemikian telah menyebabkan warga-warga fakulti sains dan teknologi makanan bimbang akan kebersihan dan keselamatan selepas penggunaan air dari “Water Cooler” tersebut. Oleh itu, pengguna-pengguna “Water Cooler” akan berasa lebih selamat. Selain itu, MPP FSTM bercadang agar pihak fakulti menyediakan “water cooler” di bangunan Food 6. Hal ini kerana ketiadaan perkhidmatan “water cooler” di sana dan ini telah menyusahkan warga fakulti untuk mendapat air minuman.

5. PENYELENGGARAAN TANDAS.


Gambar-gambar di atas menunjuk kepada infrastruktur tandas (tandas perempuan) yang telah rosak dan bocor.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebersihan tandas adalah tidak memuaskan. Bau yang tidak selesa dapat dikesan dan kemudahan tandas juga perlu diperbaiki. Hal ini adalah kerana pintu dan flush selalu rosak dan tidak berfungsi. Didapati bahawa pintu tandas perempuan berhampiran dengan DKTM 1 telah rosak dan tidak boleh ditutup tetapi ia masih belum dibaiki walaupun masalah ini sudah wujud lama. Oleh itu, MPP FSTM berharap agar masalah yang dimaklumkan di atas boleh diselesaikan dan pemantauan kebersihan dan kemudahan tandas boleh dijalankan dengan kerap.

6. MENYEDIAKAN PAPAN KENYATAAN BAGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNTUK MENGUMUMKAN GERAK KERJA KEBAJIKAN PELAJAR DAN INFORMASI INDUSTRI MAKANAN SERTA MENYEDIAKAN RUANG PETI ADUAN DI SEBELAH PAPAN KENYATAAN UNTUK MENGUTIP ADUAN DAN CADANGAN YANG BERDASARKAN KABAJIKAN PELAJAR.


Gambar-gambar tersebut menunjukkan tempat yang dicadangkan untuk menyediakan papan kenyataan dan peti aduan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar-pelajar di fakulti kita kurang tahu bahawa gerak kerja kebajikan pelajar yang telah dan akan dipejuangkan oleh pihak MPP dan kaedah mendapat bantuan dari pihak MPP dalam perkara kebajikan.. Dengan penyediaan kemudahan sebegitu, MPP FSTM berharap agar lebih banyak pelajar akan mengetahui perkara kebajikan yang telah dan akan dipejuangkan oleh pihak MPP. Tambahan pula, hal ini dapat merangsang pandangan pelajar FSTM terhadap kebajikan pelajar lalu menggalakan pelajar FSTM untuk memberi cadangan mereka yang mampu menambahbaikkan kebajikan pelajar. Secara tidak langsung, dengan penyediaan peti aduan yang bertempat di sebelah papan nyata Majlis Perwakilan Pelajar, pelajar-pelajar FSTM akan lebih mudah membuat aduan dan memberi cadangan kepada pihak MPP dan pihak tertentu. Selain itu, informasi terkini yang berkaitan dengan industri makanan perlu disediakan dan diketahui oleh pelajar. Hal ini boleh menambah ilmu pengetahuan pelajar FSTM dan merangsangkan fikiran dan pandangan pelajar FSTM terhadap industri makanan yang terkini.

7. MENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR DIBANGUNAN FOOD 1, FSTM


Gambar-gambar tersebut menunjukkan foyer di antara BKTM1 dan BKTM2 yang ketiadaan kipas.

Masalah yang ketara adalah ketiadaan kipas di foyer antara BKTM1 dan BKTM2. Hal ini telah wujud lama tetapi ia masih belum diatasi. Hal ini telah mengakibatkan keadaan yang panas dan ventilasi di tempat tersebut. Secara tidak langsung, hal ini telah menyebabkan perasaan yang tidak menyenang bagi pelajar yang berada di situ. Oleh itu, MPP FSTM berharap agar pihak fakulti menyediakan sekurang-kurangnya satu kipas di tempat tersebut supaya menwujudkan suasana belajar dan perbincangan yang lebih selesa bagi pelajar fakulti kami.



Makluman Balas Pihak Pengurusan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan:
1.Cadangan untuk menyediakan bilik pelajar FSTM di bangunan food 3
-Dekan Fakulti menerima cadangan tersebut dan menyata akan membawa untuk dibincang dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 3 Jun 2009 (Rabu). Sekiranya cadangan itu dibatal, Dekan Fakulti bercadang agar menggunakan bahagian akademik (sekiranya terpindah) dan juga bahagian yang berada di tingkat bawah Food 4 ataupun kedua-dua tempat tersebut sebagai bilik pelajar.
-Keputusan muktamat akan diberitahu pada perjumpaan kedua antara MPP 2008/2009 iaitu pada 10 Jun 2009 (Rabu).

2.Cadangan untuk membaiki ataupun menukar kerusi dan meja yang telah rosak di sekitar fakulti
-Perkara yang dirujuk adalah sudah dalam proses dan jangka akan diselesaikan sebelum semester yang akan datang bermula.
-Dalam proses.

3.Cadangan tentang pembinaan rumah sampah yang utama di FSTM
-Dekan Fakulti menerima cadangan tersebut dan menyata bahawa pihak fakulti akan merujuk perkara tersebut kepada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset dengan secepat mungkin.
-Tindakan akan diberi dengan segera.

4.Cadangan untuk memantau dan melabelkan tarikh penyelenggaraan penapis “water cooler” dan menyediakan “water cooler” di bangunan food 6(Food Complex)
-Pengurusan Fakulti menerima cadangan itu dan menyatakan bahawa pihak berkuasa akan mempamerkan tarikh penyelenggaraan penapis “water cooler” pada “water cooler” dan akan menyediakan “water cooler” di bangunan food 6(Food Complex).
-Tindakan akan diberi dengan segera.

5.Cadangan tentang penyelenggaraan tandas
-Pengurusan Fakulti menerima cadangan tersebut dan bersetuju untuk menukarkan lock tandas yang rosak dengan yang baru dan menukarkan pintu tandas dengan pintu baru serta membaiki tangki flush yang berosak.
-Tindakan akan diberi dengan segera.

6.Cadangan untuk menyediakan papan kenyataan bagi majlis perwakilan pelajar untuk mengumumkan gerak kerja kebajikan pelajar dan informasi industry makanan serta menyediakan ruang peti aduan sebelah papan kenyataan untuk mengutip aduan dan cadangan yang berdasarkan kebajikan pelajar berperingkat university dan nasional
-Dekan Fakulti menyetuju cadangan ini. Pihak Fakulti akan menyediakan papan kenyataan MPP dan kotak transparent sebagai peti cadangan MPP kepada MPP Fakulti FSTM serta membenarkan MPP FSTM mengurus papan tersebut. Dekan Fakulti membenarkan MPP FSTM menyediakan borang cadangan MPP.
-Tindakan tersebut ambil masa yang panjang dan tarikh yang jelas untuk kewujudan papan kenyataan MPP dan peti cadangan MPP akan diberitahu pada perjumpaan yang seterusnya iaitu pada 10 Jun 2009 (Rabu).

7.Cadangan untuk menambahbaikan infrastruktur di bangunan food 1, FSTM
-Dekan Fakulti menerima cadangan tersebut dan menyata bahawa tindakan akan diberi dengan secepat mungkin.
-Tindakan akan diberi dengan segera.



Memang tidak dapat dinafikan bahawa fikiran seorang manusia adalah terhad. Tetapi, fikiran sekumpulan manusia yang bercorak bentuk adalah tidak terhad. Maka, MPP FSTM berharap agar saudara dan saudari boleh memberikan cadangan, aduan dan sebagainya kepada pihak kami.

Sekian, terima kasih.



SEBARANG MAKLUMBALAS,SILA MENGHUBUNGI:

Daniel Dea Yik Hwa
012-7813100
daniel_dea@live.com

@

Tai Yunn Fang
012-7002519
taiyunnfang@yahoo.com

Sekian, ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,
Daniel Dea Yik Hwa
Tai Yunn fang
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Putra Malaysia
Sesi 2008/2009

Editor: MPPUPM(FSTM) _ 20 June 2009

Read more...

Friday, 17 April 2009

MEMO KHAS


MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
STUDENTS’ REPRESENTATIVE COUNCIL

MEMO KHAS MPP UPM MEMOHON KEPADA Y.BHG. PROF./DR/TUAN/PUAN/KAWAN-KAWAN SEKALIAN YANG BUDIMAN UNTUK MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA PELAJAR BERNAMA SDR. LIM JIA PEI DARI FAKULTI PERUBATAN & SAINS KESIHATAN YANG MENGHIDAP PENYAKIT SKOLIOSIS (@ ADOLESCENT LIDOPATRIC SCOLIOSIS).

Salam Sejahtera,


SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DIHULURKAN DENGAN MENGHUBUNGI AHLI MPP MENGIKUT FAKULTI:

BIL
NAMA AHLI MPP
NO. TEL.
FAKULTI
1
Hanafi Mohd Ali
017-3750257
Fakulti Pertanian,
2
Azizul Bin Razali
012-2409586
Fakulti Perhutanan,
3
Cecilia Evelyn Cornelius
017-463713
Fakulti Perubatan Veterinar,
4
Heng Cheng Huai
016-6255993
Fakulti Ekonomi
& Pengurusan
5
Khairul Shazwali Taib
017-2458116
Fakulti Kejuruteraan,
6
Mohd Shahrul Kamaruddin
016-8585228
Fakulti Pengajian Pendidikan,
7
Mohd Razik Midin
017-3030447
Fakulti Sains,
8
Tai Yunn Fang
012-7002519
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan,
9
Dea Yik Hwa
012-7813100
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan,
10
Khong Chi Chung
012-6939748
Fakulti Ekologi Manusia,
11
Khairul Ikhsan Shah
012-2788639
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
12
Nadia Binti Shaiful Bahari
013-2227598
Fakluti Reka Bentuk dan Senibina,
13
Pak Hoe Weng
016-5309239
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
14
Khairi Azhar Aziz
012-4364395
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat,
15
Lai Ying Si
012-4489068 , 013-3009958
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul,
16
Fatma Sabariah Alias
017-3443518
Pengajian Alam Sekitar,



UNTUK MAKLUMAN Y.BHG. PROF./DR/TUAN/PUAN/KAWAN-KAWAN SEKALIAN, MPP UPM dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan akan membuka Kaunter Kutipan Derma pada 23 APR 2009, jam pukul 10 pagi hingga 2 petang di Foyer Bangunan Food 1, Fakulti sains dan teknologi makanan untuk mengutip derma dari pihak anda.


SEMUA SUMBANGAN AKAN DIKUMPULKAN KE DALAM TABUNG AMANAH DANA KEBAJIKAN YANG AKAN DISERAHKAN KEPADA SDR. LIM JIA PEI PADA 24 APRIL 2009


Bantulah Dengan Seikhlas Hati Demi Insan Yang Memerlukan.
Setiap ringgit yang anda hulurkan amat bermakna bagi masa depan beliau.


“ASPIRASI ANDA INSPIRASI MPP”


Tarikh : 15 April 2009

No. Edisi : 01


BELIAU PERLU MENJALANI PEMBEDAHAN DENGAN KADAR SEGERA BAGI MENGELAKKAN TULANG BELAKANGNYA (KINI MEMBENGKOK 66 DARJAH) YANG BOLEH MEMBAWA KESAKITAN TULANG BELAKANG DAN BOLEH MEMBAWA MAUT SEKIRANYA SISTEM PERNAFASAN TERGANGGU.

KOS PEMBEDAHAN ADALAH RM 20,000
TARIKH KUTIPAN DERMA SEHINGGA 23 APRIL 2009

UNTUK MAKLUMAN Y.BHG. PROF./DR/TUAN/PUAN/KAWAN-KAWAN SEKALIAN, Y.BHG. DATUK NAIB CANSELOR TELAH MELULUSKAN KUTIPAN DERMA INI.


Editor: MPPUPM(FSTM) _ 17 April 2009

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP